Tuesday, January 4, 2011

mampukah Vanida Imran



Siapa tk kenal pelakon Vanida Imran..
Scr peribadi mmg aku suke tengok dia kt tv..
maybe sbb dia cantik dan suara pun sedap bile bercakap.

dan baru2 ini sume org tau dia jadi host utk anugerh berprestij ABP2010
bersama Awal Ashaari...
Awal tu mmg sume org tk heran la kan sbb leh di katakan
sume program muka dia je jd host skrg ni..femes u..
tk nmpk pun gugup mcm lisa surihani dlm mari menari
means dia mmg bersedia dan sgt yakin dgn apa yg dia buat
i like~~
dan sekarang thn 2011..dia ada kerjaya baru
iaitu pengacara NONA tv3
menggantikan Maya Karin..hehehe
tk sbr nk tgk dia dlm Nona tapi tu la selalu hari ahad tkdak kt umah
cane nk tengok...
apapun semoga Vee terus maju dlm kerjaya dan familynya

sumber

mampukah Vanida Imran menaikkan semula rating program Nona?
sama2 kita nantikan...

buang rahim..Nauzubillah..

Sangat takut sebenarnye nk bercakap pasal tajuk ni
tapi hakikatnya semua ini berlaku di sekeliling kita
mungkin kawan,saudara mara,adik beradik mahupun diri sendiri..nauzubillah
moga Allah jauhkan diri kita dari segala penyakit...

baru2 ini, aku melawat sepupu aku di hospital
dia baru sahaja selesai pembedahan buang rahim
Ya Allah..betapa beratnya dugaan yang Kau beri kepadanya
usianya baru 36 tahun dan baru mempunyai seorang anak
dan kini Kau telah mengambil semula anugerah yang Kau berikan kepada seorang bergelar isteri...bagaimana mungkin untuk dia mengandung lagi...
Ya Allah..tabahkan lah hati wanita itu...sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaMu...

sedikit info pasal kanser rahim mungkin boleh dikongsi bersama...

Kanser rahim adalah kanser yang kedua paling penting di dalam organ reproduktif wanita selepas kanser pangkal rahim. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Di negara-negara Barat seperti Amerika, Kanser Rahim adalah kanser wanita yang paling utama selepas kanser payudara.

Di Malaysia insiden kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi. Ianya didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama

di lapisan lemak badan.

b. Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.

c. Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi

d. Wanita yang menghidap penyakit kencing manis

e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .

f. Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.

g. Wanita yang mengambil hormon estrogen yang berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini

perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.


sumber : http://drrushdanoor.tripod.com/id13.html

Hari Pertama di Sekolah


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru kepada semua blogger2 di alam maya ini...
Semoga di hari baru tahun 2011 ini membawa kita ke arah yang lebih baik...Insyaallah..

kalau orang lain sibuk cite pasal hari pertama hantar anak ke sekolah,
tapi...
jangan pelik dan hairan dengan tajuk entri aku kali ini
sebab walaupun Qasrina bam bam tu baru berusia 2thn 1/2
tapi aku dh bawa dia ke sekolah..hehehe
bukan taska mahupun sekolah rendah atau sekolah agama
tapi sekolah menengah lagi tau..
ni ha gmbr dewan sekolah tu..
sory ek gmbr jauh..abih zoom dh ni..


sebenarnya tahun baru 2011 ni sgt2 bermakna buat kedua mak dan abah aku
pasal apa?
pasal tahun rezeki buat keluarga kami jugak lah kan..
setelah sekian lama akhirnya mak aku brjaya juga dpt tender kantin sekolah
Alhamdulillah rezeki Allah di tahun baru
jadi kami pun excited la gak nk tlg mak kt kantin
maklum la dh lama tinggalkan sekolah
rindu pulak nk tgk suasana dan gelagat budak2 kt sekolah
walaupn sekolah menengah tp perangai budak2 ni still mcm budak2 gak
hehehe kelakar tambah kelakar sbb makanan tk bape nk cukup
1st time kan handle kantin sekolah, byk lagi yg kene diperbaiki
seb baik la budak2 tu paham makcik kantin ni orang baru
tkde la diorang ngamuk2..makan je apa yg ada hehehe


ni antara pekerja yg membantu
time ni sesi membasuh.budak2 dah abis rehat
walaupun penat tapi seronok
Qasrina paling sibuk sekali
tk abis2 nk mengemop lantai
pastu sibuk nk amik duit je keje nye kekeke
mmg cucu tok la hahaha...

Apapun, aku mendoakan semoga mak dan abah
terus cekal dan kuat mghadapi kerenah cikgu2 dan budak2 sekolah tu
dan semoga Allah terus memberikan rezekinya kepada keluarga kami..Aminnn..

nota thn baru ; tk sempat nk amik gmbr Qasrina buat keje,bateri hp dh kong..hehe

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal