Tuesday, April 27, 2010

REDCOMEL GIVEAWAY!

Dah lama rasenya aku menyepikan diri dr sebarang bentuk giveaway mahupun contest

tetiba hari ni gatal pulak nk join sbb nk menang myk wangi hahaha tah pape kan

tq to et coz bgtau pasal giveway nih..toche2..

k lah syarat dia sng ajer..

1. Jemput jadi follower REDCOMEL ( jika belum)

2. Just cerita pasal giveaway ni pada blog masing-masing

3. Jangan lupa letak website link REDCOMEL di blog anda ye..

Macam ni ha...

www.redcomelmall.com~ beauty & wellness shop


www.redcomel.blogspot.com
~ the blog of the Comotz

ok pastu apalagi berdoa dan bertawakal lah supaya nama anda dicabut pada hari pengundian nanti hehehe gud luck..

Jakel Shah Alam di Hari ke 3

Memandangkan Sabtu dn Ahad aku tk berjaya menceroboh masuk ke Jakel tersebut
walaupun hanya di belakang rumah..
walaupun 3 4 juta kali dok ulang alik kt depan jakel tu
tapi memandangkan kereta yg berduyun2
dan kaum lelaki yg menurut suami aku menjadi mangsa keadaan
kerana terpaksa menunggu di luar mungkin kerana
tak sanggup bersesak kat dalam gudang kain tersebut..
dan dia sndiri tidak mahu merelakan diri menjadi mangsa seperti lelaki2 lain maka aku mengambil keputusan dan bertekad nak pergi juga pada hari semalam
iaitu samadengan hari Isnin bersama 3 orang rakan2 ku
yg juga mempunyai keinginan yg tinggi seperti aku..
bukan utk membeli kain tapi sbb nk tgk apa kebende lah yg best sgt
yg org ramai sgt dok g tuh huhuhu
dan berkat kebijaksanaan maro atau
mungkin juga berkat keberkesanan didikan zue kepada maro
maka dapatlah kami parking di tempat bukan letak kereta yer hahahaha belasah je la
Jalan2 kat tgkt bawah kejap takleh lelama ye
pasal masa pn sgt suntuk pastu naik tgkt 2
pulak kononnye org tgh berebut kain cotton.
wow mmg ternyata yer ramai org dok memilih kain
tp aku jadi tk reti nk pilih pasal org ramai sgt
hasilnye aku ngn et berjaya beli 2 meter kain je nk buat lining huhuhu jadi la buat syarat kan
at least tkde la balik ngn tgn kosong mcm maro n kak ila tuh hehehe

Kalau2 hari2 mcm ni kan best..


We apologize. Our database is currently experiencing a temporary problem.
Please check back again soon.

Saturday, April 24, 2010

Ibu bapa sebagai pintu Syurga


Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:



“Sungguh hina, sungguh hina, sungguh hina!”


Baginda ditanya: “Siapakah wahai Rasulullah (yang hina itu)?” Baginda menjawab:


Orang yang mendapati orang tuanya dalam keadaan tua, sama ada salah seorang atau kedua-duanya, kemudian dia tidak memasuki syurga.[1]


Apabila ibubapa kita mencapai umur lanjut, lazimnya cabaran untuk berbuat baik kepada mereka menjadi lebih tinggi. Ini kerana umur yang lanjut selalunya sinonim dengan sifat yang lebih cerewet, celoteh yang pelbagai, kedegilan yang menjadi-jadi dan kesihatan yang semakin berkurang. Maka jika kita dapat bersabar dengan cabaran-cabaran yang kian bertambah ini, maka ia sebenarnya memudahkan lagi laluan ke syurga. Manakala jika kita tidak dapat bersabar, maka ia sebenarnya menyukarkan lagi laluan ke syurga.


Tidak berlebihan jika diumpamakan, berdasarkan hadis di atas, bahawa kita hendaklah memandang ibubapa yang sudah tua sebagai penjaga pintu syurga. Jika kita bersabar dan terus beristiqamah berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan membuka pintu syurga kepada kita. Sebaliknya jika kita hilang sabar dan tidak berbuat baik kepada ibubapa, maka mereka akan menutup pintu syurga tersebut daripada kita.


Ibubapa yang sudah lanjut usianya juga telah mendapat perhatian di dalam al-Qur’an. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Uff”, dan janganlah engkau menengking (dan/atau) menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[al-Isra 17:23]

Friday, April 23, 2010

Kunek ?


Dari minggu lepas lagi Qasrina dh sebut 'kunek..kunek..'
tp mmg aku tk dpt tangkap langsung apa yg dia maksudkan
selalunye aku paham kalo dia sebut sesuatu perkataan tu walaupun tk jelas
tp kali ni mmg aku menemui jalan yg sgt buntu
jenuh dok aku pikir apa menatang la kunek tuh..

pastu pagi tadi dia bgn awal..6.30 dh bgn
masa org dok sibuk2 bersiap dia sebut lagi kunek kunek
pastu aku ckp la 'amende la kunek tu Qasrina..mama tk faham la..'
pastu papa nye jawab 'kunek tu pusat la mama..papa dh tau dah haha..'
pastu aku tny lagi 'aik mana papa tau..'
pastu papa nye jawab lagi 'malam td dia tunjuk pusat dia tu pastu dia cakap kunek kunek..'
huhuhuhu kelakar betul anak mama sorang nih..jauh betul sebutan kunek dan pusat tu.
mana la dia belajar hehehe




Wednesday, April 21, 2010

Gambar @ Melaka












PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

Sekadar berkongsi pengalaman dgn rakan2 terutamanya yg telah bergelar isteri atau ibu atau mama atau mak atau apa2 aje...

Asbend aku selalu tanya "taknk buat papsmear ke?"
dan jawapan aku selalunya "kene buat ke? kalau tk buat pn tkpe kan?"
hinggalah aku g klinik 3 hari lepas sbb sakit mata, dan tetiba teringat nk tny kat doktor tu memandangkan doktor perempuan kan dan doktor tersebut mnjawab dgn soalan juga.

doktor : bila kali terakhir buat papsmear?
aku : ermmmmmmmmmmm....
doktor: pernah buat tak?
aku : (sambil menggeleng) tak pernah..hehe
doktor : laaaaaaaaaaaa...kenapa tk buat? dah kahwin ke belum ni?
aku : dah..anak sorang dah hehe
doktor : bape tahun dah kawin ?
aku : nk masuk 3 tahun...
doktor : ok...so nk buat tak sekarang?
aku : sakit tak ?
doktor : tak lah..sikit je..
aku : lama tak doktor ?
doktor : dalam 10 minit je...
aku : ok..kalo macam tu boleh la...

sementara menunggu doktor tu siapkan alat2nye..aku pn menanti dgn penuh debaran. hahaha
then 10 minit berlalu...serius aku cakap tk sakit pun..kalau yg dh pernah melahirkan anak, mungkin tkkn rasa sakit tapi kalau yg anak dara tu mungkin akan rasa sakit la hehehe..

sepanjang rawatan tu doktor tu membebel(mmberi nasihat) pasal kepentingan pap smear nih.
dan mengikut doktor tu pangkal rahim aku pn dah dijangkiti kuman sbb tk pernah buat rawatan papsmear tu.

jadi nasihat aku pada kawan2 semua bg yg takut atau merasa ianya tidak penting, pergilah ke mana2 klinik yg berdekatan dan buatlah ujian papsmear. tak lama pun..kejap je dan kalo klinik panel tu ne bayar rm20 je hehehe

kalo yg muda lagi leh buat 2 tahun sekali tp kalo dah 30++ tu ne buat setahun sekali.

sedikit info pasal pap smear:

Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.


credit : click

Tuesday, April 20, 2010

Facebook pun nak block ke??

saat yg mengerikan akhirnye muncul jua
dtg opis pagi2..rutin pertama adalah login facebook lite version..
tapi tetiba keluar :


Access to this web page is restricted at this time.

Reason:

This Websense category is filtered: UiTM Block List.



huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....
nape mesti terjadi?
tk boleh kah kalo tk block?
adey....

Monday, April 19, 2010

Pengembaraan ke Melaka[part 1]

Assalamualaikum..

Dah lama sgt rasenya aku tk berkongsi cerita kat sini
Bermakna dah lama jugak la aku tk berjalan
Memang tk sedar begitu pantas masa berlalu
tup tup dah masuk bulan April
k lah nk cite psl pengembaraan aku weekend aritu
nape aku sebut pengembaraan sbbnya kejadian tersebut
berlaku tnpa dirancang..hehe i likee...

Pagi sabtu 17/04/2010
Bergerak dr umah jam 9.45 am menuju ke padang jawa
utk menjemput/mengambil member asbend aku dan wifenya.
Then terus bergerak ke nilai3...(sampai sini mmg dirancang)

pas jalan2, shoping2 skit..pastu tetiba asbend aku kata nk g melaka lah
then tanpa bantahan suara dr mana2 pihak, kereta pn bergerak mencari hiway ke melaka
sbbnye member kami ni baru tranfer dr Sarawak, tk sampai bape bulan pn kt semenanjung ni
n beliau pulak teringin nk melawat tempat2 menarik kt semenanjung ni, so memandangkan
weekend tersebut mmg free n bebas dgn aktiviti kolej yg dah tamat yahoooo...so mmg peluang tidak akan dilepaskan begitu sahaja..

Dengan sehelai sepinggang...berbekalkan bakul susu Qasrina dan 5 keping pampers
diiringi lagu dr wali band, perjalanan kami berhenti seketika di restoran jejantas ayer keroh
tetiba pulak terpk mcm nk bermalam kt sana...then dgn bantuan pegawai khidmat pelanggan UiTM Kampus Larkin, akhirnye kami berjaya mendapatkn bilik di Emperror Hotel. (rm138 semalam..murah kan).

Huhuhu itupun setelah mencuba di Puteri Resort n Seri Malaysia..sume fully booked.
pas check in, sbb tkde barang pn dh check in kan so just masuk tgk2 bilik je, pastu terus ke bandar hilir. Hajat member tu nak naik A'famosa tp memandagkan aku n asbend dh penah naik..dn dh tau keperitan memanjat tangga2 yg sgt byk itu..maka kami pun melepaskan mereka berdua sahaja utk naik ke sana..

Sementara menunggu tu, tetiba pula teringin nk naik beca
dh byk kali dtg melaka tp tk pernah pn naik beca
kira pengalaman pertama lah ni..memang sgt best..
1st time dulu dtg berdua je so tk kisah la nk berjalan jauh mana pn kan
tapi kali ni bertemankan Qasrina yg tembam dan montel tu
tak sanggup rasanya kalo kang tetiba dia nk dukung..huhuhu

berbekalkan kederat tua pakcik driver tu, kami dibawa ke kapal besar
dalam tu ada gambar2 dan cerita psl sejarah melaka ala2 muzium gitu..
pastu pakcik tu bawa g menara taming sari..dpt tgk bandar melaka dr awan hehe
mmg rugi sapa tk naik..siap leh sewa teropong rm3 jer..murah kan..

pastu kami sampai pulak di bangunan A'famosa..ni yg kt bawah je la
kalo yg kena naik tangga tu, menurut pakcik driver tu, tu pintu masuknye
dah berusia 500 tahun...amik gambar 2 3 keping pastu memandangkan member kami
pun dh selamat sampai ke darat..kami pn minta pakcik driver tu hantar ke parking je..

then..terus ke dataran pahlawan utk mencari pakaian dan charger hp....huhu tkkn nk pakai baju yg sama nk ba lik esok kan kan kan..

then sebelum balik ke hotel..singgah jap kedai makan, makan siap2 sbb malam nnti dh malas nk kuar kan..lotih oi....jumpa la kedai asam pedas.tp tk seperti yg diidamkan..tp setakat melapik perut yg lapar...boleh la..tp tk puas ati gak sbb tk dpt g umbai..huhuhu
then singgah pulak kedai serbaneka kt sebelah hotel tu utk mencari bekalan pampers, berus gigi, dan apa2 la yg patut kan..huhuhu

k lah nk g bekfes dulu nih...nnti smbung pengembaraan hari ahad pulak..da..hehe

to be continue..


Monday, April 12, 2010

Iklan keje kosong di UiTM - until 26 April 2010

Sape2 ada sedara mara atau rakan taulan atau sahabat handai
yang teringin nk keje ngn UiTM, leh la klik kt link di bawah ni k.
Jangan terlambat..tarikh tutup permohonan 26 April 2010.


http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/


Iklan Jawatan Kosong Pentadbiran
http://eproses.uitm.edu.my/mye/ePengambilan/iklan/MICROSOFT%20WORD%20-%20DRAF%20WEBSITE%202010%20_APRIL_.PDF







Friday, April 2, 2010

Al-Fatihah untuk Allahyarham Din Beramboi

Assalamualaikum...

Sekian lama membiarkan sawang menguasai blog aku
hari ini aku terpanggil utk berkongsi cerita yang aku pasti
tajuk2 blog ari ini adalah tajuk yg sama dan ditujukan untuk yang telah pergi
meninggalkan kita buat selamanya...

Memang setiap pagi, masuk je kereta pukul 7 pg, mmg tk pernah bukak siaran lain selain era.fm. sbbnye tk sabar nk dgr cerita lawak Allahyarham. walaupun ulangan diputarkan byk2 kali tp ttp nk ketawa juga.

Hinggalah pd suatu pagi tetiba paknil sorang2 je. pastu asbend tny "eh pak din tkde ye hari ni?"

then pastu baru tau rupanya Allahyarham telah dimasukkn ke icu.

pagi esoknye semua pendengar hntr msg dgn doa dan harapan kepada Allahyarham
dan suara paknil yg sebak membacakan msg2 dr pndgr semua menuntut airmata aku mengalir.

dan tiba2, sebaik asbend aku menghidupkan enjin kereta pagi ni, tetiba trdengar "..semoga keluarga Allahyarham tabah dan redho dgn pemergiannya.."
Ya Allah, siapa pulak yg meninggal. Hati dah mula sebak sbb rase dh tau siapa yg dimaksudkan oleh penyampai berita radio era tu.

Dan bila Dina memutarkan lagu2 yg sedey2 sambil mengimbas kenangan2 mereka persama Allahyarham, mmg aku tk leh tahan dh..terus tutup radio.
Hanya airmata dan surah AlFatihah mengiringi perjalanan ku ke pejabat.

Walaupun tk pernah bersua muka, namun terasa sgt dekat dgn Allahyarham kerana beliau sentiasa menghiburkan kita walaupun dia pun tidak kenal kita. Tiada lagi sawancara, Tiada lagi En Akbar, tiada lagi riuh pagi Aznil bersama Din Beramboi.

Sama2 lah kita mendoakan agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..Aminnnn Ya Rabbal Alaminnn...

berita lanjut : bernama.com

yg ni pulak org yg patut menyesal dan insaf atas pemergian Allahyarham : aprilfool- Individu Sebar Din Beramboi Meninggal Dalam Facebook

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal