Wednesday, April 21, 2010

PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

Sekadar berkongsi pengalaman dgn rakan2 terutamanya yg telah bergelar isteri atau ibu atau mama atau mak atau apa2 aje...

Asbend aku selalu tanya "taknk buat papsmear ke?"
dan jawapan aku selalunya "kene buat ke? kalau tk buat pn tkpe kan?"
hinggalah aku g klinik 3 hari lepas sbb sakit mata, dan tetiba teringat nk tny kat doktor tu memandangkan doktor perempuan kan dan doktor tersebut mnjawab dgn soalan juga.

doktor : bila kali terakhir buat papsmear?
aku : ermmmmmmmmmmm....
doktor: pernah buat tak?
aku : (sambil menggeleng) tak pernah..hehe
doktor : laaaaaaaaaaaa...kenapa tk buat? dah kahwin ke belum ni?
aku : dah..anak sorang dah hehe
doktor : bape tahun dah kawin ?
aku : nk masuk 3 tahun...
doktor : ok...so nk buat tak sekarang?
aku : sakit tak ?
doktor : tak lah..sikit je..
aku : lama tak doktor ?
doktor : dalam 10 minit je...
aku : ok..kalo macam tu boleh la...

sementara menunggu doktor tu siapkan alat2nye..aku pn menanti dgn penuh debaran. hahaha
then 10 minit berlalu...serius aku cakap tk sakit pun..kalau yg dh pernah melahirkan anak, mungkin tkkn rasa sakit tapi kalau yg anak dara tu mungkin akan rasa sakit la hehehe..

sepanjang rawatan tu doktor tu membebel(mmberi nasihat) pasal kepentingan pap smear nih.
dan mengikut doktor tu pangkal rahim aku pn dah dijangkiti kuman sbb tk pernah buat rawatan papsmear tu.

jadi nasihat aku pada kawan2 semua bg yg takut atau merasa ianya tidak penting, pergilah ke mana2 klinik yg berdekatan dan buatlah ujian papsmear. tak lama pun..kejap je dan kalo klinik panel tu ne bayar rm20 je hehehe

kalo yg muda lagi leh buat 2 tahun sekali tp kalo dah 30++ tu ne buat setahun sekali.

sedikit info pasal pap smear:

Ujian Pap Smear
Ujian PAP, juga dikenali sebagai PAP Smear, merupakan satu cara untuk memeriksa sel-sel yang dikumpul daripada serviks dan faraj. Ujian ini boleh mengesan jangkitan, inflamasi, sel-sel yang tidak normal atau kanser. Ini bermakna, ia merupakan satu ujian untuk mengesan malignan dan perubahan pra-malignan dalam serviks.

BAGAIMANA IA DILAKUKAN?
Permukaan serviks dikikis perlahan-lahan dengan kayu spatula, secebis kapas atau berus dan kemudian diperiksa di bawah microskop.

Hasil ujian ini akan menunjukkan:
1. Positif: sesuatu yang tidak normal mungkin wujud (sel-sel serviks tidak normal)
2. Negatif: tiada kanser sel ditemui (sel-sel serviks normal)

Remaja yang berumur 18 tahun dan ke atas atau mereka yang telah mula melakukan aktiviti seks digalakkan untuk menjalankan ujian PAP.

MENGAPA IA SANGAT PENTING?
1. Ujian PAP dapat mengesan lebih awal perubahan pra-kanser dalam serviks.
2. Rawatan dapat dilakukan lebih awal dan sembuh sepenuhnya sebelum kanser menjadi lebih serius.

Oleh demikian, adalah sangat penting untuk melakukan ujian PAP setiap 1 hingga 3 tahun.

DI MANA DAN BILA UJIAN DILAKUKAN?
Kebanyakan klinik menyediakan ujian ini, ia dilakukan oleh doktor atau pakar-pakar yang terlatih. Anda sepatutnya melakukan ujian ini bukan pada masa datang haid. Masa yang terbaik ialah antara 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.


Nota penting:
1. Lebih kurang 2 hari sebelum ujian PAP, anda mestilah mengelakkan daripada dusing (pancutan air yang dilakukan oleh doktor ke atas rahim wanita), atau menggunakan ubat-ubatan untuk faraj atau sabun spermisid, krim atau jeli (kecuali dinasihatkan oleh doktor).
2. Jangan malu untuk bertanya doktor tentang ujian PAP.


credit : click

9 comments:

eT said...

eee....takuttt....

miezaniera said...

jangan takut kalau taknak sakit hehehe

miezaniera said...
This comment has been removed by the author.
Shifa said...

masa time shifa, tak tau pun doc nak buat pap smear.. dia suruh baring n dia buat la apa dia nak buat tu pastu dia kata dah.. pastu shifa yg tny dia "td tu pap smear ke doc?" haha tak rasa lansung!

izanpyus said...

Salam,hehe...baru nak mengomen hihi. Izan pun tak penah wat la..betul ek tak sakit..rasa seriau aje..mcm ET kata...Takoott hihi...result dpt terus ek?

miezaniera said...

Shifa :kan kan..tk sakit pun kan..rasa lega lagi sbb dh selesai 1 perkara hehe

izan : betullllllllllll...tk sakit langsung..kecuali kalo tggu lama2 smpi dh sakit...ha time tu baru la sakit..jadi, baik buat time tk sakit ni hehehe

mama uzma said...

betuii ker x sakit..??takutnya...
iena patutnya kena ri tuh tp x dtg pun date yg nurse bg..sbb takut sakit..huhuhuu

miezaniera said...

mama uzma : betuiiii...tak sakit pun..percayalah...hehe

Ad said...

aku pernah wat skali...masa tu ngah mengandungkan atia 8 bulan...e...sakit lah...pas ni tak nak wat dah.....

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal