Tuesday, June 22, 2010

Kenapa awak tk rogol saya?


Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalanyang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalangpada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agakgelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebihlagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandardi dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedaphati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allahmemohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuhpengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dandapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endahdan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorangperempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekatlorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasilorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dialihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanitani dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatandilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yangdicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan diamangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan dimasa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polisuntuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelumlelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking withyou. One on your right side and the other one was by your left side. Ifyou were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelakiberjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagisebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awakjadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Diabersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin jugaberkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkansegala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita danmemelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US danmemang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkindua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yangdiutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescayaAllah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]


Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

5 comments:

rosz said...

jeng2..ros komen ek..sama2 kita amalkan bacaan kursi...pendinging diri...tul kan bai...:)

miezaniera said...

betui3...tq ros hehe

army4war said...

meghemang bulu ghome teman baca kisah ni... hehehe... bagus n3 mcm nie.. dulu sangat rajin baca ayat kursi dalam banyak keadaan.. skang pemalas.. pas ni insyaallah buat balik amalan tu hehehe...

miezaniera said...

sekarang ni sume ko malas yer..baca novel je rajin ngn layan movie...ish ish ish apa nk jadi nih...marilah kita sama2 bertaubat..;D

aizuemi said...

pintu taubat sentiasa terbuka..

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal