Friday, April 29, 2011

Sabar hadapi dugaan asas kebahagiaan hidup

sebab arini ari jumaat
me nk bagi tazkirah pada diri sendiri
me menganggap apa yg berlaku sekarang
adalah sebahagian daripada ujian Allah
mungkin ada hikmahnye si R tu buat perangai mcm tuh
Allah akan balas perbuatan si R nanti..padan muka ko si R.
perangai macam............
dah pagi2 jumaat ni ...tkmo sebut yg tak baik tak baik..
no no no...

copy dari sini


KATA pujangga, hidup tanpa kesusahan, penderitaan, dugaan dan cabaran bagaikan nasi tidak berkuah, susah senang adalah asin kerana itulah rencah kehidupan. Ia menepati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Dunia ini adalah negara tempat bala dan ujian.”

Maknanya manusia di dunia ini tidak terkecuali daripada menghadapi ujian hidup baik untuk melihat sejauh mana tahap kesabaran serta keimanan mereka, juga pendekatan digunakan bagi mengatasi dugaan yang datang.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”

Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.
Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Tidak semua orang memiliki sabar, lantaran itu sikap sabar dianggap mahal dan tinggi nilainya malah ia termasuk sebagai sikap terpuji. Lantaran itu, Allah memerintahkan supaya berlaku sabar dalam firman yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Pada prinsipnya, sabar harus diterap dalam setiap aspek kehidupan sama ada kehidupan rumah tangga, tugas kepemimpinan, hidup selaku petani, nelayan, usahawan, guru, pengarang atau penyiar. Semua memerlukan kesabaran, justeru setiap medan pekerjaan dan perjuangan ada tentangan serta ujiannya.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Kesabaran adalah kekayaan rohani yang besar, ia sebagai pangkal kebahagiaan. Dalam menghadapi kehidupan yang serba getir, semuanya perlu memiliki sifat sabar.

Thursday, April 28, 2011

setan yang setan...

Tak tau nk cakap apa
nk marah pada siapa?
nk tempeleng muka siapa?
nk terajang perut siapa?
nk pelangkung kepala siapa?
namun kalo dpt buat sume tu pn, mampukah menyelesaikan masalah aku?
hanya boleh memuaskan nafsu amarah ku (bukan amirah ye)
dan pastinye setan2 durjana akan bergembira atas kemarahan aku
mmg setan la setan tu...

aku tahu...
hanya pada Allah tempat mengadu?
kenapa KAU beri aku dugaan begini?
apakah belum tiba masanya?
atau ada agenda lain yang KAU aturkan untuk aku?
but y? penatnye nak pk... bosan la camni..
nk main game la...bosan bosan bosan bosan bosannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
nnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

sape tau ade keje kosong kt mana2
sila beritahu aku yer
sape nk  buat website, nk beli domain ke
nk belajar wordpress ke, bgtau jugak kat aku
bosan tahap gaban senget dah ni...

Tuesday, April 26, 2011

Hadiah Lucky Draw by miezaniera



jeng..jeng...jeng...

ni la hadiah2 untuk pemenang2 bertuah

Lucky Draw by miezaniera

harap lepas ni contest ni akan mndapat lebih sambutan.

1 unit computer cable

1 unit keyboard protector

2 unit nootbook coolpad

1 unit mouse

1 unit notebook computerlock


Saturday, April 23, 2011

SEO : Tips Tingkatkan Traffic Blog

Alhamdulillah..hari ni belajar lagi ilmu baru 
mengenai SEO : Tips Tingkatkan Traffic Blog
thanks sifu..
  jom kite mulakan pelajaran kita :

1) letakkan tajuk entry di dalam post entry. 

cth : tajuk entry ni : "SEO : Tips Tingkatkan Traffic Blog"
jadi di dalam entry ini, sekurang2 mesti ada 2 ayat tersebut.
cth  entry: "Alhamdulillah..hari ni belajar lagi ilmu baru 
mengenai SEO : Tips Tingkatkan Traffic Blog..."

2) Gunakan heading1, heading2 or heading3
di dalam penulisan anda. lebih mudah di kesan oleh search engine.

3) Gunakan perkataan2 yg selalu org cari sebagai tajuk entry.
Walaupn bunyinye agak skema asalkan bisa mendapat perhatian ramai...
.

lagi tips tingkatkan traffic blog;


Fenomena Blogwalking masa kini..

tak tau lah fenomena ni dah lama
atau hanya aku je yg baru perasan
2 3 menjak ni time berblogwalking 
byk trnampak nama2 artis di shoutbox2
setakat yg aku jumpa ada 
farid kamil , lisa surihani, fasha sanda, tiz zaqiah,
scha alyahya, datuk ct dan ramai lagi...
apakah motifnya tk tau la

ni antara yg sempat aku print screen:




sekali terjumpa blog kt bawah nih..


mungkin artis2 tu yg mereka minat atau yg mereka tk suka
namun apa pun..semua tu adalah sekadar memeriahkan lagi
suasana blogwalking di alam maya ini
kalo org lain tak sah kalo sehari tk update status kt wall facebook
tp bg aku pulak kalo sehari tk bw rase cam tk best jer..hehehe

ops!! me bukan peminat beliau yer..
sekadar brkongsi hehehe ;D


Thursday, April 21, 2011

bulan orang buang santau | elakkan makan di luar

Menurut kata seorang Ustaz
bulan 4, 8 dan 12 (april,ogos, dan december)
adalah bulan orang buang santau
jadi berhati2 lah ketika memilih gerai makan
dan sebolehnya elakkan dari makan di tempat yg terbuka.


kenapa bulan 4,8 dan 12 saja?
menurut Ustaz tersebut, santau ni biasanye di simpan dalam 1 botol dan biasanya pada bulan2 tersebut, botol tu penuh dan pemiliknye perlu membuangnye 
kalau tidak, santau tersebut akan terkena pada sanak saudara dan kaum kerabatnya
maka disebabkan itu,mereka akan membuang santau tersebut ke tempat yg terbuka
kerana santau paling mudah disebarkan melalui angin dan udara.

Bilakah tanda santau dapat dikesan?
Orang yg telah terkena santau akan mula berasa tandanya selepas 5 tahun.

Tanda2 awal santau?
Tanda-tanda awal seseorang itu terkena santau ialah rasa perit dan gatal pada tekak yang disertai dengan batuk. Batuk merupakan tanda yang paling lumrah bagi mereka yang terkena santau. Pada peringkat, permulaan batuk disertai dengan pening kepala dan demam pagi dan petang. Batuk ini berlainan daripada batuk biasa. Ia lebih merupakan batuk kering yang memanjang tanpa mengeluarkan kahak.

rujukan : sini 

jadi nk selamat, makan lah di rumah
lebih jimat dan lebih selamat ;D


Ipoh mali talak sombong...

lama tk cite perkembangan anak dara ku sorang ni
pejam celik pejam celik
budak kecik yg dulunya pandai golek2 je
sekarang ni dah pandai macam2
sekarang ni dia asyik nak marah je
baru pandai marah kot
mungkin dia rasa seronok kot bile marah
sampaikan mama dia pn kene marah gak
kat rumah pengasuh pn, pengasuh cite dia garang
suke marah budak2 kt sana
mmg sebijik ikut perangai papa dia..hehehe


sejak balik tgk bola ari tu
ari2 dia nyanyi lagu ipoh mali talak sombong
kelakar pulak aku dgr
pastu pagi2 kejut dia bangun sambil cakap
"syina..kita bakor je"
syina : angguk2 kepala sambil pejam mata
kekeke sabor je la..mmg anak perok jati
mmg wajib balik perok nih hehehe

Wednesday, April 20, 2011

selamat menduduki peperiksaan

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku,maka Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku.”(Al-Baqarah: 186)

Selamat menduduki peperiksaan 
kepada semua pelajar UiTM..
di seluruh negara.. ('',)

teringat zaman2 aku belajo dulu
hujung2 sem ni, baju yg tinggal ngam2 tuk g exam je
lain2 sume dh antor balik

pastu abis exam 1 paper
balik tu berebut nk main game magic ball
maklum la zaman tu 1 bilik ada 1 komputer je
so sape cepat, dapat la duduk kt kerusi depan komputer tu
pastu kene la tggu org tu kalah, barula bg can org lain lak main
tp kalo aku yg duduk..mmg keciwa la diorang
sbb mmg lama la diorang kene tggu
sampaikan kadang2 kene save dulu, pastu nnti sambung kendian
teror la konon kan huhuhu

Tuesday, April 19, 2011

Baju jabatan saya..

Pejam celik pejam celik
dah pagi dah..
Alhamdulillah tkde perkara buruk yg berlaku
tp betui la kata org
bila kita takut
time tu la macam2 bunyi kite dengar
ptg ni en hubby dah balik
so tk perlu risau lagi ;D

ok back to the title...

setelah hampir 5 tahun aku bekerja di sini
akhirnye berjaya juga buat baju yg ada tulis nama jabatan
JPSA-Akademik
sedih kan..
al maklum la programmer kt sini sume bz2
mane la ade masa nk handle bende2 remeh ni kan
jadi memandangkan aku terjumpa rakan2 yg tk bape nk bz
maka kami pn decide utk tempah baju utk unit Akademik kami
dan setelah bertumbuk  berpenat lelah memilih design dan warna
akhirnye.....
dapatlah hasilnye seperti di bawah..

army4war

miezaniera

hahaha jgn tertipu...
kami dua org je yg ade tulisan nama kt belakang baju ni
org lain tkde...sbb apa?
sbb kitorang poyo...hehehe aci ek..
jgn mare ek....
pasni kitorang nk buat baju F1 pulak
kaler pink kelabu..
sape berminat sila email yer...(warga psmb je ek..)
nota lutut: "biarlah org nk kata kami beriya-iya.yg penting kami bahagia"

Monday, April 18, 2011

gambar liga super 2011| perak 0 selangor 1

ipoh mali talak sombong
ipoh mali talak sombong
ipoh mali! ipoh mali!
ipoh mali talak sombong....

bakor! bakor! bakor! bakor!
perak! perak! perak!

itulah antara lagu2 dan jeritan2 yg berkumandang di dalam stadium shah alam
diiringi ketukan rebana dan sorakan dari penyokong2 seladang
sambil buat tangan macam usop weelchair
betul2 terasa mcm semua org perak bangga kerana
usop weelchair umpama telah mempopularkan bahasa ibunda org perak
tahniah usop hehehe
kini 1 malaysia dh pandai cakap bote (bota)



posing dulu sebelum masuk stadium..
2 helai baju = rm55

posing lagi dgn bj baru..
semangat doh..

memula sampai budak ni nangis sbb takut bunyi pon2 yg sgt kuat dn bising
tapi lama2 dia ok..seb baik..good girl..

no 14..sape ek?

boleh gol ke perak ?

senyumm..hati dh tenang hehehe

mgkin dia rasa comei senyum cmtu..mama tk ajar ek..

sebiji cam hidung tok dia hahaha lariksssssss

mama ni asyik ambik gmbr jer..

dah tk larat senyum..huhuhu

ramainya org kt luar stadium..

belajar nk tiup..

chaiyok..chaiyok..
gembiranya dia dh dpt tiup..
macam2 fesyen penyokong perak..

bendera perak sedang berjalan 

sume buat tgn mcm usop weelchair..

Qasrina sgt baik..tk meragam langsung
pantang org tepuk tgn..dia nk tepuk
org tiup pon2 tu..dia pn nk tiup
trtido sekejap je pastu terjaga sbb bising sgt.
pastu sambung tepuk tgn sambil perhatikan orang2 di sekeliling
mungkin pelik tgk nape sume org jerit2..hehehe

bendera negeri Perak berkibar di stadium shah alam

walaupun perak kalah 1- 0 dgn selangor
tp pemain perak menunjukkan permainan yg baik
cuma mgkin tkde rezeki nk menang mlm tu

and time nak balik la paling tk best sekali
jam giler..sampai rumah kol 12 malam
tu yg duk shah alam
yg balik perak tu mau kol 3 4 pagi baru smpi umah
nasib la yop...sekali sekala pe salahnye kan hehe



thanks sudi click my hb..inform me n i will click urs back ;D

Friday, April 15, 2011

Perak vs Selangor..Jom g stadium esok...

 Balik keje tadi kelam kabut bukak kotak2 baju
tkde dlm kotak, cari dalam beg2 baju pulak
nk tau cari apa?
hahaha..cari baju bola PERAK we ols la hehehe
kata asbend,kalo tkde baju PERAK, dia tkmo p...
seb baik jumpa...yeah..buleh la p esok hehehe

Last aku  g stadium kalo tk salah last 4 years...
And sebelum aku berhijrah ke Perak
teringin sgt rasenya nak g tgk bola lagi
kat stadium kerang.Shah Alam
mana tau lepas ni dh tkde peluang nk g
ye la..takkan nk mai shah alam semata2 nk tgk bola kan
idak le teman sefanatik itu
hanya rindukan suasana bising dan ketukan rebana yg bergema di stadium
ohh..really miss that moment...

and for the fisrt time
we ols akan bw Qasrina bersama
hopefully tkde perkara buruk yg berlaku
sape lagi nk g tgk bola Perak lwn Selangor esok..jom p ramai2 hehe

Thursday, April 14, 2011

Yang Pertama : Orang yang pertama menulis Bismillah..

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS

3. Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat :
Nabi Ibrahim AS

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat :
Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah :
Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhammad SAW


sumber : bersihjiwahati.blogspot.com

Lawak Qasrina

Di suatu petang yang tenang, Qasrina meminta mamanya menyanyikan lagu untuknya.

Qasrina : mama, nyanyi lagu saya sayang sayang..

mama : satu satu..saya sayang papa
dua dua..saya sayang mama
tiga tiga..sayang adik kakak
satu dua tiga..sayang semuanya

Qasrina : Syina ma?
 mama : ha? Syina tkde ye..ok2 nyanyi lagi sekali yer...

mama : satu satu..saya sayang papa
dua dua..saya sayang mama
tiga tiga..saya sayang Syina
satu dua tiga..sayang semuanya

Qasrina : (tepuk tangan)

Qasrina bam bam hehe

Wednesday, April 13, 2011

Tips tingkatkan traffic blog..


Terasa tak layak sebenarnya utk aku
nk bg tips2 mcm ni
sedangkan blog aku hanyalah umpama sebutir bintang di langit luas
yang kadangkala bersinar, kadangkala malap
namun..tk salah rasanya nk share ilmu yg brguna kan hehehe
alang2 dah mencari tips2 utk blog ni
baik tempek terus kt sini..
at least buleh jugak buat rujukan kot2 esok2 trlupa
tak gitu?

dont shame2 eh..sudi2 kan lah....

ni antara tips2 yg aku dapat:

1. blogwalking - specially time dpt BE dr nuffnang,rajin2 lah bw terutamanya pada waktu puncak. cthnya awal pagi, tghari dan malam.
dan pastikan juga link anda sentiasa berada  paling atas dlm shoutbox blogger lain.
Tertutamanya blog yang ramai follower..;D

2. Tinggalkan komen - rajin2 juga tinggalkan komen di blog2 yg anda singgah supaya anda dapat backlinks ke blog anda.

3. Rename image - pastikan gambar yg anda nak upload, rename kan terlebih dahulu
supaya mudah dijumpai oleh search engines. tips nk rename - gunakan keyword yg org selalu cari. (SEO)

4. Update blog selalu - sekurang2 nya 2 kali sehari - kenalpasti waktu bila ramai org datang ke blog anda, then pada waktu itu make sure blog anda ada entri baru dan menarik. Baru lah org tk bosan nk dtg blog kite kan kan kan...
5. Blog theme/layout - seboleh2 nya pasang theme yg ringkas tapi menarik. Letakkan shoutbox di tempat yg org mudah nampak dan tk perlu click byk kali. pastikan loading page tidak mengambil masa yg lama dan yg paling penting buangkan lagu pd blog kerana ianya akan membantutkan bw.


cukup dulu utk kali ini..
rajin2 nnti aku cari lagi ek...
gud luck..selamat berblogwalking....

thanks sudi click hb saya...

Tuesday, April 12, 2011

Menuju puncak

 yeah..akhirnya Qasrina berjaya juga panjat smpi atas hehe

 menikmati permandangan dari atas..

 senaman tangan pulak

 papa control macho ker? kekeke

mama..buat cmni ke?
ni la aktiviti Qasrina tiap2 petang weekend
bersenam di taman tepi tasik sec 7,shah alam

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal