Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama  setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatanyang baru.  Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula  sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14hb  sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.  Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Isnin malam), Solat sunat nisfu  sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar  1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2.  Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, Isnin malam)
i)  Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada  Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk  beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan  iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik. 
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu  Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4.  Berpuasa pada siangnya (Selasa)
Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari  dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan  dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2.  Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam  nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit  dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku  perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku  ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan  diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang  yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya  minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan  kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita  derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.
Wallahua'alam
JADI  MARILAH KITA BERSAMA2 MEMERIAHKAN LAGI BULAN SYA'ABAN INI DENGAN AMAL  IBADAT YANG LEBIH DAN JANGAN LUPA KAWAN2 SEMUA AMBILLAH KESEMPATAN UNTUK  BERPUASA PADA 15 SYAABAN NANTI IAITU PADA Selasa 27hb JULY INI KERANA  KITA TIDAK TAHU SAMADA KITA BERKESEMPATAN LAGI UNTUK BERTEMU DENGANNYA  TAHUN HADAPAN... NAUZUBILLAMINZALIK...
sumber : halaqah
4 years ago
 

 
 




 
 

 

 


 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
 
3 comments:
info yg sangat berguna..tq for sharing
sila buat kajian tentang perkara ini. adakah ia amalan nabi. sila beri hadith yang sahih tentang perkara ini. sekian.
salam..
betul ker ada ni..? Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, Isnin malam), Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x, Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x ???
sila dapatkan hadith sohih berkenaan hal ini..
setahu saya, ini adalah bidaah & hadith berkenaan hal ini ada, TETAPI hadith PALSU!!
wallahu'alam
Post a Comment