Tuesday, May 26, 2009

Perkataan awal..


hari ini nk berkongsi ilmu sedikit:

para ibu bapa harus berikhtiar agar anak-anak mampu menyebut perkataan ‘Allah’. Di samping anak-anak diajar perkataan-perkataan ‘susu’, ‘air’, ‘mama’, ‘abah’ atau sebagainya, ajarlah bersama-sama perkataan ‘Allah’.

Rasulullah SAW meminta agar anak-anak didedahkan dengan sempadan hidup iaitu soal halal dan haram. Anak-anak perlu didedahkan dengan istilah-istilah berikut iaitu:
‘baik’ dan ‘tak baik’; istilah ‘Allah suka’ dan ‘Allah tak suka’; istilah ‘masuk syurga’ dan ‘masuk neraka’; istilah ‘dosa’ atau ‘pahala’; atau istilah ‘boleh’ dan ‘tak boleh’.
Istilah-istilah ini bertujuan untuk memahamkan anak-anak bahawa kehidupan ini mempunyai batas-batas yang ditetapkan oleh Allah, dan setiap apa yang dilakukan mempunyai implikasi dosa pahala.

Baginda SAW bersabda sebagaimana
diriwayatkan dari Ibnu Abbas, maksudnya:
“Beramallah dengan ketaatan kepada Allah,
dan jauhilah maksiat kepada Allah,
dan suruhlah anak-anak kamu
supaya mematuhi perintah-perintah (Allah),
dan menjauhi larangan-larangan (Allah),
maka itulah pemeliharaan diri kamu
dan diri mereka daripada azab api neraka”

(Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir)

amin..

4 comments:

Khas Lysha said...

alhamdulillah.. dpt ilmu yg amat bermanfaat utk diamalkan..

Eliss said...

tq for info :D

miezaniera said...

Khas,eliss : Alhamdulillah..sama2 kite mengamalkannye..

Yan said...

Qis pandai sebut 'Allahu Akbar'

Kagum jugak coz waktu tu dia baru 8 - 9 bulan..

wlupun tak berapa jelas sebutannye.. tp kami pahamla dia sebut ape lg plak dia sebut tu time dengar azan..

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal