Friday, October 29, 2010

Cutest Baby Contest

contest cutest baby contest
anjuran sinar raudah
till 31 okt 2010



Nama : Qasrina Batrisyia bt Shahrul Amin
Umur :2 tahun 3 bulan
Nama Ibu : Norbaiduri

Seorang Ibu di Mata Tuhan


Jalan2 pagi ni kat blog Cik Jue..tetiba terjumpa satu cerita yg sangat menyentuh perasaan
Teringin rasanya nk berkongsi dengan kawan2 yang mungkin belum baca lagi..



Baca dan hayati kisah di bawah ini. Fahami mesej yang cuba disampaikan. Dan paling penting, amalkan ilmu yang anda dapat.


Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
  • Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
  • Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
  • Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
  • Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
  • Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
  • Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
  • Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu. Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :
  1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
  2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
  3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
  4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu
Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat daripada coretan ini.

Thursday, October 28, 2010

Contest Gambar percutian yangmenarik lagi tertarik



anjuran Kojah until 5 nov 2010
hadiahnya??kebaya cantik meletops dari bandungggggggggg
(belum jahit lagik) + fridge magnet bandung...
kalau lelaki yang menang,
anda boleh pilih sama ada nak kebaya atau t'shirt bandung...
meletop kan adiah dia huhuhu meh join ramai2 k..


dan..
gmbr yg aku rasa paaaling aku suke..hehehe

lokasi percutian : Padang, Bukit Tinggi, Indonesia

sampai2 jer, selepas minum pagi,
kami di bawa ke Rumah Minangkabau atau Rumah Gadang
gambar ni pula diambil semasa kami sedang
bergaya ngn baju kahwin orang Minang
ingtkn free sekali kena bayar daa..melayang 75000 rupiah

suke gmbr ni sebab...
kitorang tgh buat aksi :
1..2..3..terbanggggg...hehehe
jarang kitorang nk berposing mcm ni
dgn pakaian macam tu pulak
suami masing2 sume geleng kepala je tgk aksi bini2 masing2 hehehe
happening sgt rasenye..
seronok bercuti ngn kawan2 yg sekepala hehehe


walaupn cik Kojah tk suruh tag
tapi aku nk tag juge budak2 senget kt opis aku utk join contest ni hehe
mira
et
zue
sarah



Mesej dari Padang,Sumatera Barat


berlatarbelakangkan tasik maninjau yg sgt cantik dan indah


gunung ni ke yg meletup tu? Nauzubillah..

Align Center

Saat dan ketika ini..ramai yg menumpang sedih atas kejadian bencana Tsunami yang melanda Sumatera Barat, Padang, Indonesia.

Dan pastinya doa dan kesyukuran kami panjatkan ke hadrat Ilahi
kerana sesungguhnya tanpa izinnya, mungkin kami semua menjadi mangsa bencana alam tersebut. Allah jua yg merencana agar kami pulang awal dari sana.

Namun, kami masih tertanya2..berita tentang pak pami (tour guide yg sgt kami sayangi)..apalah nasib pak pami dan keluarganya...

2 hari berlalu..sunyi je facebook pak pami..tkde status baru,tk reply comment, tkde msg baru..masing2 dah meremang bulu roma...silap pulak tk ambil no hp beliau..harap2 tkde apa yg buruk menimpa keluarga pak pami di sana..

Dan akhirnya..syukur Alhamdulillah..pagi tadi..mira mmbawa msg gembira utk kami semua:

msg dari pak pami : " di banda padang cuma kita rasakan gegeran, tapi asal nya gegeran tu dari pulau mentawai, sekitar 80 mill ,dari banda padang ,tempat orang main surving,kalau sama ferry tu habiskan masa 10 jam..banyak juga disana kampung penduduk setempat yang rusak,pasal airnya naik setinggi 3mtr. korbannya masih dalam penjarian ,cukup berduka juga kita disini, semoga yang maha kuasa menempatkan mereka pada tempat yang baek disisinya,amin"

pak pami (ciluk gmbr dr blog sarah)

Alhamdulillah...pak pami selamat..lega rasanya..ada sapa2 nk g bukit Tinggi, Padang, Indonesia..leh contact pak pami hehehe (ada lagi ke yg nk pegi sana? huhuhu)

rm30 mahal ke murah?


Setelah lebih 5 tahun aku berkhidmat di UiTM ni
kad staf aku masih berfungsi dgn baik dan berkesan
membuktikan kecermatan aku kekeke
namun tanpa kusedari
sebenarnya kad aku tu dh byk retak di tgh dan di tepi2 kad tu
cumanya tk kena kad cip dia je..
jadi kebetulan si et nk tukar kad dia semalam pasal kad dia dh trbelah dua
(ganas dak et nih huhuhu)
aku pun menjoinkan sekali diri aku
untuk mmbayar rm30 kt bendahari sebelum boleh aku mndapatkan kad baru itu

sekian berita pagi ini..

nota tenggiling :

adiah dari cik jue dah sampai
so sweet so cute
nnti aku upload gambar nye yer..;D
terima kasih yer cik jue..

Wednesday, October 27, 2010

Jemputan eklusif ke Paradisa

wahhhhh seronoknye...
dapat jemputan bercuti 3H2M di Damai Laut Golf Resort & Spa
yg bertaraf 4 bintang di langit...

Aku tk pernah pergi tmpt ni
tp Insyaallah tau locationnye di mana
sbb ade umah sedara kt Pantai Remis
aku rasa tak jauh dh dari situ...
lagipun org dh bg FREE kan..
rase cam rugi lak tk pegi
bukan jauh sgt pun hehehe
harap2 en suami sudi mmbawa ku ke sana
tk bgtau dia lagi nih kekeke

korang penag g ke tmpt ni?
best tak?


Tentang aku, dia dan siapa lagi?

Tag from aizumie

Write 5 interesting facts about the person who give u this award..
1. Tak leh bercerita kalo tgnnye diikat..
2. Suke gile ngn teh botol..
3. Love photography.. love fafau.. love theater..
4. Skandalisme..me ranking 184
5. Qasrina fav artist hahaha


Write down 10 interesting facts about yourself and your hobby..
1. isteri kepada en amin dan mama kepada Qasrina bam bam
2. PANTANG bau kuah laksa...mesti nk beli punye..
3. i love SHOPPING~ cuti2 Malaysia~
4. love photography too but till now tk reti2 lagi nk guna setting M..auto je memanjang hehe
5. suke dgr lagu jiwang2..hindustan..
6. blogger yg sgt rajin update blog time opis hahaha
7. suke main chess but now tkde sapa nk main ngn aku..lama dh tk asah bakat hehe
8. kalo org yg tak aku ni ckp suara dia sgt tk best di dgr dlm phone BUT she said suara aku pulak sgt sedap didengar dlm phone..hahaha ye ke?
9. ketua kongsi gelap kt opis...huhuhu yg jahat2 aku la ketuanya..hampeh!
10.masih menaruh harapan tggi utk balik ke perak dan tinggal di rumah sndiri..penat aku byr bulan2 tp tk duduk..sgt rugi ok..

Pick your most 10 deserving recipients and describe them..
ehm...rase cam sume org dh ne tag..
so tkmo la tag sedapa dah hehe

No more Buffered Earnings

Akhirnya saat yg mengerikan ini telah tiba
Saat ku login ke Nuffnang account
Lantas pantas jemariku menclick ke earning logo
Hati gembira pabila melihat wang kecil bertambah
Tetapi tetiba rase mcm lain je...

Rupa2nya...
Buffered Earning yg ke 14 juga telah meninggalkan sweetmama
adoi..doi..doi..doi...keciwa melanda jiwa...
agak2 pasni leh dpt lagi ke BE yg lain pulak?
mcmana caranya utk nk dptkan BE lagi?

buah cempedak di luar pagar
amibil galah tlg jolokkan
sy budak baru belajar
kalo salah tolong tnjukkan

hehehe...baru je aku nk merasa dpt check yg pertama dr nuffnang
(walaupun org lain dh dpt byk kali kan..aak)
aku rase kalo BE tu stay lagi seminggu, Insyaallah aku leh check out mmgu depan
tp tkpelah...mungkin belum rezeki aku kan...

anywy mggu ni tkmo sedih2
mood happy hour lagi..muahahaha


lariksssssssssssssssss.....

Tuesday, October 26, 2010

Ke mana perginya semua BOS2 ?

HAHAHAHAHA

HAHAHAHAHA

HAHAHAHAHA

HAHAHAHAHA

HAHAHAHAHA

Pukul anak


Assalamualaikum..

hari ni nk cite psl pukul anak.

korang rasa korang penah tk pukul anak?

pastu tetiba rasa bersalah..kesian..sbb anak tu masih kecil

tapi cane nk tau dia paham ke tak yg kite pukul tu sbb kite nk ajar dia

bukannye nk sakitkan dia...

aku selalu tertipu dgn tubuh badan Qasrina yg bam bam

mmg sedap kalo cubit dia trutama tang peha dia yg berisi tu

tapi...

bila pk balik umur dia baru 2 tahun lebih...dh boleh pukul ke anak umur camni?

tp kalo tkleh pukul, kite dh marah ngn mulut dia tknk dgr..nk wat cane pulak?


ni ada sedikit info aku ambil dari sini:

Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :

- Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.

- Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.

- Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.

- Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.

- Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ

“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”

(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)


Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.

Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Maka , didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…in sya Allah.

Monday, October 25, 2010

Papa n Baby Contest


sweet
contest anjuran mamiuyun


due date : 14 November 2010


Nama papa : Shahrul Amin Alias
Nama Bam bam : Qasrina Batrisyia
Umur Bam bam : 2 tahun 3 bulan

Gambar ni diambil masa Qasrina 8 bulan kalo tk silap
location @ Pantai Morib...
pasni tk g dah kot pantai ni..hehe so scary...

hope ada rezeki Qasrina...hehe gud luck papa n Qasrina ;D

(tapi kalo sempat, nk tukar pic lain, leh kan Puan penganjur? hehe)

Bam cikebam bam bam bam...





senyuman manja...

*****************iklan cap ayam*****************

kepada sesiapa yg mengetahui ketinggian asal kami..


belive it or not?
aku lagi tinggi dari kakak azura....
ngeh ngeh ngeh..
segalanya mungkin...

Friday, October 22, 2010

hmm sedapnye....

shedappp...

nak buat shedap byk2...

shedappp sampai mengantuk rasenya hehehe



Thursday, October 21, 2010

Bam bam dah pandai kayuh basikal..

papa ku pulang dari kota
papa ku belikan basikal
basikal kecil warna biru
boleh ku bawa keliling rumah

kring kring kring kring kring kring kring kring kring
basikal kecil ku berbunyi
mari Qasrina mari naik
boleh ku bawa keliling rumah

ni la basikal baru saya hehehe cantik tak?

mama tgk..Qas dah pandai kayuh basikal hehehe

bergaya dgn basikal baru ;D

mama nk ikut Qas ke?

Bersama koleksi basikal/moto Qas bam bam

ops..ops..

Mmmmuah terima kasih papa belikan basikal utk Qas
sayangg papa..


Sebenarnya sgt teringin nk beli yg color pink
tp apakan daya pink yg ada tk bape cantik design nya
design yg ni pun tinggal color ni je
color merah pn dh abissss....
dari Qasrina kecil, aku tk dpt belikan kenderaan color pink utk dia
walker color oranhe, stroller color biru
the latest basikal ni color biru gak...
walaupun agak keciwa tapi yg penting Qasrina like it
n paling penting lagi...
dia dh pandai kayuh sendiri
Alhamdulillah....

Jawapan kepada teka gambar..hehe

Blogger
ya betul...
jawapannya ialah.......
sebenarnya my hubby masukkan air yg dlm botol air mineral
kt tmpat freezer kononnye nk bg sejuk cepat
sekali terlupa dah jadi ais batu...hehehe
tahniah kepada peneka2 berikut yg berjaya jawab dgn betui hehehe
sila tuntut hadiah daripada suami masing2 yer...kekeke


Aidanisme said...ape tu? ais ke?

wANieYZ said...a'ah..nmpak cm ais je...huhuhuDelete

Atia Adina said...aku pun nampak cam aisDelete

Blogger eT said...ianya menchair...huhu...Delete
Delete
syariza09 said...botol berisi air yg br kluar dr freezer..panjang tak jawapan tu


Blogger to aizuemiDelete
bila masa tah ko jawapan tetiba nk tukar jer..hehe tp tetap salah hehehe

Wednesday, October 20, 2010

Jom teka gambar...hehe


what is this ?

hadiahnya : penginapan 5hari 4 malam di...

'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
rumah sendiri
kekekeke..

Pakai tudung tp berseluar pendek..


senyummmm..
tolong jgn salahkan mama saya kerana memakaikan saya begini
sbb dah last minit tetiba saya tetiba nk pakai tudung
pastu mama pn dh lambat, dh malas nk tukarkan seluar panjang
terus keluar je macam ni
sbb mama ingt saya akan cabut tudung ni dalam beberapa minit je
tapi sayangnye..saya pakai tudung ni sampai la balik semula ke rumah
haa lama kan..sila percaya yer..hehehe

peace..

malu la konon hehe..

haa?


haaa korang mesti kenal dak tecit ni kan
dia mmg selalu jadi mangsa buli
di kala ibu dia tiada di samping dia
hahaha...aku juga tknk ketinggalan mnjadi pembuli kepada si budak tecik ini
hehehe

arini ialah...

Rabu 20.10.2010

so far tkde yg istemewa..

ada sape2 nk belanja aku makan ke arini?

or nk bg hadiah kt aku ke?

hehehe

Tuesday, October 19, 2010

Mari Menari


Mari Menari @ Astro Ria
Setiap Sabtu jam 9 malam

Korang dh tengok ke citer ni?
nape ek rasa mcm tk excited sgt mcm sehati berdansa
adakah sebab peserta2 bukan dr kalangan artis?
atau sbb pengacara nya ? (awal shaari dan lisa surihani)
atau sbb juri2 nya? (Erra Fazira, Zulhuzaimy, Lisdawati dan Ferhad)

dulu masa sehati berdansa,
aku penah cakap kt en hubby "nape la diorang tk amik peserta yg bukan artis..kalo tk, leh kite masuk kan bang kan? " hehehe
kan best kalo peserta2 dan juri2 tu macam dalam program
"so you think you can dance?"
program tu mmg no 1 la di hatiku..i like~

Monday, October 18, 2010

Rawatan Tumit Kaki Pecah

Tumit kaki yang merekah mencacatkan penampilan seseorang khususnya wanita. Untuk menghilangkan kesan merekah itu, ikuti petua ini.

Ambil sebiji limau purut, kemudian hiris dan gosokkan di tapak kaki setiap pagi sebelum mandi. Amalkan petua ini dengan konsisten, kulit anda pasti tidak merekah lagi.


sumber

Menang saguhati contest memek muka


Alhamdulillah..walaupun tk dpt jadi pemenang utama
dapat adiah saguhati pn dah seronok dah
join pun suka suki memeriahkan dunia blogger ni kan
terima kasih ibu Aqil..lenkali buat contsest lagi yer
tahniah pada yg menang...mmg terbaek semuanya..
hehehe

nk tgk pemenang utama..kt sini

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal