Tuesday, January 4, 2011

buang rahim..Nauzubillah..

Sangat takut sebenarnye nk bercakap pasal tajuk ni
tapi hakikatnya semua ini berlaku di sekeliling kita
mungkin kawan,saudara mara,adik beradik mahupun diri sendiri..nauzubillah
moga Allah jauhkan diri kita dari segala penyakit...

baru2 ini, aku melawat sepupu aku di hospital
dia baru sahaja selesai pembedahan buang rahim
Ya Allah..betapa beratnya dugaan yang Kau beri kepadanya
usianya baru 36 tahun dan baru mempunyai seorang anak
dan kini Kau telah mengambil semula anugerah yang Kau berikan kepada seorang bergelar isteri...bagaimana mungkin untuk dia mengandung lagi...
Ya Allah..tabahkan lah hati wanita itu...sesungguhnya Engkau maha mengetahui apa yg terbaik utk hambaMu...

sedikit info pasal kanser rahim mungkin boleh dikongsi bersama...

Kanser rahim adalah kanser yang kedua paling penting di dalam organ reproduktif wanita selepas kanser pangkal rahim. Mengikut data dari Statistik Kanser Kebangsaan 2003, kadar kejadian kanser rahim adalah 6.9 di dalam 100,000 populasi. Kadar kejadian kanser rahim tidak setinggi di negara-negara Barat. Di negara-negara Barat seperti Amerika, Kanser Rahim adalah kanser wanita yang paling utama selepas kanser payudara.

Di Malaysia insiden kanser rahim adalah paling tinggi di kalangan wanita yang berusia 60-69 tahun dengan kadar 29.7 di dalam 100,000 populasi. Ianya didapati lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbangsa Cina dan India jika dibandingkan dengan wanita berbangsa Melayu.

Berikut adalah faktor-faktor risiko terjadinya kanser endometrium

a. Kegemukan, wanita yang gemuk mempunyai simpanan hormon estrogen yang tinggi terutama

di lapisan lemak badan.

b. Wanita yang sukar mendapatkan anak ataupun mandul.

c. Wanita yang menghidap penyakit darah tinggi

d. Wanita yang menghidap penyakit kencing manis

e. Wanita yang mempunyai keturunan kanser wanita .

f. Wanita yang mengambil ubat hormon Tamoxifen untuk rawatan kanser payudara juga risiko menghidap kanser endometrium. Walau bagaimanapun manafaat yang diperolehi dari mengambil ubat ini lebih besar dari mudharat kemungkinan mengidap kanser rahim.

g. Wanita yang mengambil hormon estrogen yang berpanjangan. Wanita yang putus haid perlu mengambil hormon estrogen untuk memulihkan kesihatan badan mereka. Walau bagaimanapun jika sekiranya mereka masih lagi mempunyai rahim, hormon estrogen ini

perlu diambil bersama hormon progesteron. Kadar kejadian kanser rahim akan menjadi tinggi jika sekiranya mereka mengambil hormon estrogen sahaja. Wanita yang ingin mengambil hormon selepas putus haid perlu mendapat pandangan Pakar Sakitpuan.


sumber : http://drrushdanoor.tripod.com/id13.html

5 comments:

mamasue said...

siannya...ada lah tu hikmah disebaliknya...

lydzar said...

siannya dia. tp nasib baik jugak dh ada sorang anak tu

miezaniera said...

mamasue : tu la..tentu ada hikmahnye kan..

lydzar : syukur gak at least merasa gak jadi seorang ibu..

syusye said...

tkunya plak..

Atia Adina said...

kesiannya....mesti sedih sangat kan....dah tak der rahim...mesti ada kesan sampingan kan????dengar kabar....orang yang kene buang rahim kene makan hormon sepanjang hidup...kalo tak...badan akan rasa sakit2

Sweet Family

Sweet Family
Blog Widget by LinkWithin
 

...::sweet mama::... Copyright 2009 Sweet Cupcake Designed by Ipietoon Blogger Template Image by Online Journal